Masih ingat dengan entri OHBULAN! bertajuk Akma AF3 Sudah Bertunang? pada bulan Mac lepas? Namun itu sudah dinafikan oleh Akma atau nama sebenarnya, Asiahtunakma Abdullah. Bekas peserta Akademi Fantasia 3 ini menafikan kenyataan OHBULAN! dan memberitahu ianya hanyalah majlis merisik dari pihak lelaki.
Namun kali ini, ada perkhabaran gembira dari Akma sendiri. Semalam, Akma telah menghantar kad jemputannya kepada OHBULAN! untuk majlis pertunangannya yang akan berlangsung pada 6 Mei ini di Taman Buana Perdana, Petaling Jaya.
Akma yang kini kelihatan lebih cantik dengan tudung yang dipakainya bakal bertunang dengan seorang jejaka bernama Farih Hamshi Dato’ Mohamad Fatmi, 28, atau lebih mesra dipanggil Ayeh. Melalui nama bakal tunangnya ini, OHBULAN! percaya Farih Hamshi berasal dari keluarga VIP.
Akma yang dihubungi sebentar tadi turut memberitahu OHBULAN! bahawa Ayeh berasal dari Kelantan dan kini sedang bekerja dengan sebuah syarikat minyak tempatan.
“Saya mengenali Ayeh sekitar 5 tahun lepas, namun kami jarang berhubung. Kemudian selepas dia habis pengajian, kami kembali berhubung melalui laman sosial. Jadi, dari situlah hubungan kami bertambah erat,” ujar Akma.
Apa yang pasti, majlis pertunangan Akma AF3 & Ayeh bakal berlangsung Mei ini dan majlis pernikahan mereka akan diadakan pada bulan Jun 2012. Tahniah kami ucapkan pada Akma yang bakal mengakhiri zaman bujangnya tidak lama lagi. Semoga majlis mereka akan berjalan lancar.
Related posts:
- Akma AF3 Sudah Bertunang?
- Farah AF2 Bakal Bertunang Dengan Ahli Perniagaan Bulan Ini
- Twin Towers @Live 2012 KLCC Bakal Dimeriahkan Dengan Kehadiran Girls’ Generation (SNSD)!
- Sahkan Bakal Bertunang, Irma Hasmie Akhiri Zaman Bujang Tahun Ini!
- Westlife Bakal Dibubarkan Pada Tahun 2012.
Link to full article
0 nhận xét:
Đăng nhận xét