“Aidil adalah seorang suami yang lupa tanggungjawab jika tidak diingatkan.” Itulah antara kenyataan dari Rita Rudaini sendiri kepada sebuah akhbar tempatan, Berita Harian.
Isu perceraian antara Rita Rudaini dan pemain bolasepak kebangsaan, Aidil Zafuan telah sampai ke kemuncaknya semenjak hubungan mereka yang mula goyah 2 tahun lepas. Melalui peguamnya, Rita akan menghantar surat tuntutan nafkah kepada peguam Aidil.
Menurut sumber lain pula, OHBULAN! difahamkan bahawa Rita akan menuntut untuk kesemua nafkah tertunggak selama empat tahun yang sebelum ini telah diabaikan oleh Aidil termasuklah tuntutan nafkah sara hidup bagi dua anak lelakinya, Airit Rayyan Rizqin, 3, dan Airit Qaqa Arjuna , 1.
“Saya akui Aidil sering mengabaikan tanggungjawab selama lebih empat tahun kami mendirikan rumah tangga. Selepas berbincang dengan peguam, saya tampil dengan tuntutan nafkah yang diabaikan selama ini. Aidil adalah seorang suami yang lupa tanggungjawab jika tidak diingatkan. Saya pula banyak berkorban untuk menyara hidup anak-anak. Bayangkan, Aidil hanya menghulurkan duit RM1,500 selepas lebih tiga bulan meninggalkan saya dan anak-anak.” – dipetik dari Berita Harian.
Apa yang pasti, jumlah tuntutan nafkah ini mencecah ratusan ribu ringgit dan OHBULAN! sendiri masih mencari info, berapa pula jumlah pendapatan Aidil yang hanya seorang pemain bolasepak. Anda rasa?
Sumber : Utusan & Berita Harian
Related posts:
- “Aidil Membuat Tuntutan Yang Tidak Masuk Akal Langsung!” – Isu Rumahtangga Rita Rudaini
- (Kemelut Aidil & Rita) “Buatlah, Lantak Kau Orang” Sms Aidil Kepada Rita Rudaini
- Sah! Aidil Zafuan Buat 2 Tuntutan Mahkamah Terhadap Rita Rudaini
- Sah! Rita Rudaini Kahwin Aidil Zafuan di Songkhla, Thailand
- Rita Rudaini Hamil Anak Kedua, Rela Mengalah Dengan Keluarga Aidil
Link to full article
0 nhận xét:
Đăng nhận xét