Bagi menyemarakkan sambutan Hari Ibu yang jatuh pada 13 Mei ini, OHBULAN! dengan kerjasama Estee Lauder akan mengadakan peraduan Mak-Over dimana 3 pasangan ibu & anak akan diraikan di sebuah restoran mewah, Bijan dan mereka turut mendapat set penjagaan kulit Estee Lauder Advance Night Repair Serum serta 3 unit kamera Canon!
Selain itu, pasangan ibu & anak akan dimekap oleh oleh jurumekap profesional Estee Lauder cawangan Isetan KLCC dan sebuah sesi fotografi turut diadakan bagi merakamkan detik indah mereka bersama.
Mengenai Estee Lauder
Mulakan dari usia awal, berbangga dengan kulit anda yang paling cantik hari ini dan esok.
Sejak dilahirkan, kulit anda mencatatkan pelbagai memori: memori masa, memori pegaruh alam sekitar. Semua memori ini boleh meninggalkan kerosakan nyata pada sel dan DNA kulit. Selepas usia 25 tahun – bila kemampuan kulit untuk pulih secara semula jadi makin merosot – kerosakan itu akan nampak jelas dan berkekalan. Atas sebab itulah, usia anda tidak terlalu awal untuk menggunakan pemulih No. 1 Dunia.
Mulakan dari usia awal untuk terus kekal muda, pulihkan kulit anda supaya anda dapat menghalang proses penuaan awal kulit anda – mulai hari ini dan tahun-tahun seterusnya.
Diinspirasi daripada penyelidikan DNA lebih 30 tahun Teknologi Eksklusif Chronolux™
- Melalui penyelarasan selari proses pemulihan dan perlindungan kulit, ia mampu bertindak seperti kulit yang muda bila menghadapi serangan alam sekitar.
- Parut lama dibaiki dan kembali pulih. Kulit dilindungi dan mampu mencegah kerosakan.
- Membekalkan kelembapan tanpa henti.
Langkah-langkah penyertaan :
Untuk menyertai peraduan ini, anda perlu menghantar gambar anda bersama ibu tersayang dalam foto size A4 (full-body) melalui laman facebook http://www.facebook.com/ohbulanofficialfan dan lengkapkan slogan berikut :
Saya ingin kelihatan glamer bersama ibu tersayang kerana _______ (tidak lebih 30 patah perkataan
Berikut adalah syarat penyertaan :
- Foto ibu & anak adalah 6 bulan yang terkini.
- Foto perlu dihantar melalui facebook OHBULAN! sahaja.
- Ibu & anak mestilah warganegara Malaysia.
- Jantina anak adalah perempuan dan berumur lebih 18 tahun.
- Hadiah tidak boleh ditukar dengan wang.
- Sesi makeover (Mak-over) akan diadakan di kaunter Estee Lauder cawangan Isetan KLCC.
- Sesi fotografi akan diadakan di XXX.
- Foto selepas makeover (Mak-over) dan sesi di restoran akan dipaparkan di OHBULAN!
- Tarikh tutup peraduan ialah pada pukul 11.59pm, 6 Mei 2012.
- Pemenang akan diumumkan pada 9 Mei 2012.
Langkah bergambar :
Related posts:
- Temui Erra Fazira Untuk Tips Kecantikan Bersama Estee Lauder
- Marion Caunter Dilantik Sebagai Duta Estee Lauder
- Selamat Hari Lahir Siti Nurhaliza!
- Rahsia Kecantikan Ibu, Kini ‘Menurun’ Pada Erra Fazira
- Kejutan! LiveStream Bersama Aizat Amdan Pada 2:30 Petang Hari Ini.
Link to full article
0 nhận xét:
Đăng nhận xét