kiem tien, kiem tien online, kiem tien truc tuyen, kiem tien tren mang
Thứ Năm, 26 tháng 4, 2012

Bukan kita tidak tahu, ramai selebriti tempatan diluar sana yang pakai botoks. Tak perlulah disebut nama-nama, anda lihat sendiri pun sudah tahu siapa. Tidak sekadar perempuan, yang lelaki pun nak nampak cantik juga, habis dicucuk-cucuk muka sana-sini.

Tapi lain pula pada selebriti cantik molek seorang ini. Sheila Majid, 47, yang ditemui di majlis Minggu Setiausaha telah mengaku pada sebuah tabloid tempatan bahawa dia tidak pernah memakai botoks untuk kelihatan cantik kerana cara itu haram disisi agama Islam.

“Kalau kita ambil botoks, kita tidak tahu apa akan jadi kepada wajah kita pada 20 tahun akan datang. Saya menasihati kepada anda semua tidak menggunakan botoks.” dipetik dari mStar Online.

Sheila Majid turut berkongsi petua kepada anak-anaknya supaya mengamalkan gaya hidup sihat dan memilih makanan yang berkhasiat saja.

“Saya mengajar anak-anak saya supaya mengambil makanan yang berkhasiat agar mereka membesar dengan siha.” – Sheila Majid

Baguslah kalau begitu, cantik secara semulajadi kan lebih elok. Dari cucuk sana-sini, bila tua, muka berkerepot, masa tu baru sedar. Tapi kalau cucuk botoks mungkin boleh bincang lagi, macam mana pula yang pakai susuk? Hamboi. Bawa-bawalah bertaubat.

Related posts:

  1. “How Can I Say No To Audience?” – Sheila Majid
  2. (Gambar) Cut Tari Muncul Di Konsert Sheila Majid Live In Jakarta.
  3. (Video) Sheila Majid Tetap Maintain Profesional, Walaupun Pentas Macam Haram
  4. Foto : Dato’ Sheila Majid Beraksi Di Angkasa
  5. Astrid Tampil Lebih Feminin, Kagumi Sheila Majid!

Link to full article

0 nhận xét:

Đăng nhận xét

domain, domain name, premium domain name for sales

Popular Posts