kiem tien, kiem tien online, kiem tien truc tuyen, kiem tien tren mang
Thứ Bảy, 28 tháng 4, 2012

Alhamdulilah, perhimpunan aman untuk menuntut pilihanraya yang bersih dan adil disertai puluhan ribu rakyat Malaysia. Perhimpunan aman BERSIH bukan sahaja berjaya dilaksanakan di Dataran Merdeka, bahkan di seluruh negara dan bandar-bandar utama seluruh dunia. Rakyat Malaysia, tidak mengira ras dan keyakinan hadir dengan semangat berkobar-kobar demi menyatakan pendirian mereka bahawa pilianraya yang bersih serta adil merupakan salah satu tunjang amalan demokrasi di negara ini.

Saya mengucapkan syabas kepada Jawatankuasa BERSIH yang tuntas iltizamnya mahu menuntut satu reformasi pilihanraya yang menyeluruh. Tahniah juga kepada seluruh rakyat Malaysia yang hadir memberi sokongan. Adalah dimaklumkan ada kemalangan membabitkan peserta perhimpunan aman petang tadi. Saya menggesa agar siasatan yang bebas dan menyeluruh diadakan bagi menyiasat punca serta pihak yang bertanggungjawab. Saya juga menyeru mereka yang menyertai perhimpunan aman ini agar segera bersurai kerana pimpinan BERSIH sudahpun mengeluarkan arahan untuk bersurai.

ANWAR IBRAHIM


Link to full article

0 nhận xét:

Đăng nhận xét

domain, domain name, premium domain name for sales

Popular Posts