Nasib lah mereka cuma di Hollywood. Isu perkahwinan $10 Juta Kim Kardashian telah diuar-uarkan satu dunia, namun selepas 72 hari bersama, akhirnya mereka berdua disahkan bercerai dan segala perkahwinan umpama “fairytale” sememangnya hanya cerita dongeng.
Majlis perkahwinan Kim Kardashian dan bekas suami, Kris Humphries mendapat liputan yang meluas sehinggakan krew OHBULAN! sendiri terpaksa bersengkang mata bagi mendapatkan info terbaru setiap jam dari Hollywood melalui internet. Akhirnya, punca perceraian mereka berdua terjadi disebabkan sikap masing-masing yang kami rasa belum cukup matang lagi untuk berkahwin.
Terbaru dari Kim Kardashian, dikhabarkan bahawa selebriti ini telah mula meniti bibit-bibit cinta bersama produser dan penyanyi terkenal, Kanye West. Mereka berdua dilaporkan telah keluar bersama pada 21 April lepas di Kota New York sambil memakan ais-krim dalam keadaan gembira.
Kanye West turut dilaporkan telah menemui keluarga Kim Kardashian di sebuah restoran dan turut dilihat bersama mereka ialah Kris Jenner, Khloe Kardashian and Lamar Odom. Keesokan harinya, Kim yang dalam perjalanan pulang ke Los Angeles dilihat memakai anting-anting yang menunjukkan huruf pertama nama Kanye West.
Kalau betullah bahawa Kim Kardashian & Kris Humphries sudah bercinta, berapa juta pula majlis perkahwinan mereka selepas ini ya? Nasib baiklah bukan selebriti dari Malaysia, kan?
Sumber : Contact Music
Related posts:
- Kim Kardashian Failkan Perceraian Terhadap Kris Humphries Selepas 72 Hari Berkahwin!
- Perkahwinan Kim Kardashian & Kris Humphries Mula Retak?
- Foto : Dokumen Penceraian Kim Kardashian & Kris Humphries Bukti Perkahwinan Mereka Tinggal ‘Fairy tale’!
- Nick Lachey & Kelly Ripa Melaram Jadi ‘Kim Kardashian & Kris Humphries’ Untuk Halloween
- Kawan Kim Kardashian Dibaling Tepung Oleh Penyokong Kris Humphries!
Link to full article
0 nhận xét:
Đăng nhận xét