kiem tien, kiem tien online, kiem tien truc tuyen, kiem tien tren mang
Chủ Nhật, 8 tháng 4, 2012

Harakah

Teras Pengupayaan Melayu (Teras) menegaskan faham memperjuangkan Melayu perlu diperbetulkan oleh pihak tertentu yang ghairah dengan slogan membela nasib orang Melayu.

“Teras menolak faham bahawa Islam boleh diperjuangkan melalui slogan bangsa kerana kemuliaan Islam tidak terikat dengan bangsa.

“Malah sebaliknya bangsalah yang terpaksa bersandar kepada Islam jika nasibnya mahu diperjuangkan,” kata Presiden Teras, Mohd Azmi Abdul Hamid.

Jelasnya, Islam membawa konsep rahmatan lil alamin, bermakana Islam adalah untuk semua kaum dan semua makhluk.

Justeru, ujarnya memperjuangkan kemelayuan berdasarkan sikap dan faham assobiyah melulu akan merosakkan asas perjuangan Islam peninggalan para pejuang Islam terdahulu.

Katanya, Teras menegaskan apa yang perlu ditekankan ialah mengukuhkan keIslaman orang Melayu dan bukan meMelayukan Islam seperti yang diluahkan oleh laungan pihak yang cuba menonjolkan perjuangan Melayu secara emosional.

“Wujudnya kelompok yang ghairah menekankan kepentingan bangsa di luar batas syariat adalah tertolak dan tidak dapat diterima.

“Malah kami berpendapat bahawa jika kelompok yang hanya melihat persoalan bangsa dari kacamata bangsa semata-mata adalah perjuangan yang batil dari sisi Islam,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Teras, kata beliau menyatakan bahawa perjuangan Umno yang dipersoalkan sekarang adalah lantaran perjuangannya tidak berdasarkan Islam malah telah sarat diserap dengan faham sekularisme yang ditolak oleh Islam.

Tambahnya, tatkala perjuangannya adalah atas nama bangsa semata-mata akhirnya nasib bangsa Melayu tidak dapat ditingkat secara hakiki lantaran fahaman assobiyah yang tebal.

“Sebab itulah bangsa lain tidak dapat melihat keindahan atau konsep yang boleh diyakini dan dipercayai yang dibawa oleh Umno kerana setiap kali timbul isu mengenai hak bangsa , hujah yang diketengahkan ialah kedudukan istimewa orang Melayu,” ujarnya.

Beliau menambah, sementara Teras tidak menolak peruntukan Perlembagaan , namun sepatutnya yang diperjuangkan ialah sejauh mana Islam menjadi dasar untuk mempertahankan kedudukan bangsa dan bagaimana bangsa Melayu berhak untuk melaksanakan Islam dalam kehidupannya berlandaskan kewajipan agamanya.

Beliau menjelaskan, Teras khuatir dengan slogan yang terlampau mengenengahkan persoalan bangsa Melayu yang lebih ketara dari persoalan menegakkan Islam pada diri bangsa Melayu itu sendiri.

“Nasib bangsa Melayu hanya dapat dipertahankan dengan penerimaan Islam sepenuhnya tanpa sebarang penolakkan aspek Islam berdasarkan fahaman assobiyah.

“Manakala tuntutan Melayu dijadi agenda yang lebih diutamakan manakala agenda Islam dinomborduakan, maka asas perjuangan akan tersasar dari apa yang dituntut oleh Islam itu sendiri,” ujarnya lagi.

Justeru, kata Mohd Azmi, Teras khuatir dikebelakangan ini kelompok yang ingin menjadi penyuara lantang kepada hak orang Melayu akhirnya menjadi fitnah kepada Islam kerana apa yang diangkat adalah di atas pertimbangan politik perkauman bukan atas dasar kebenaran dan keadilan seperti yang dituntut oleh Islam.


Link to full article

0 nhận xét:

Đăng nhận xét

domain, domain name, premium domain name for sales

Popular Posts