Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berkata pihak penganjur debat tiga penjuru iaitu Julian Assange tidak mendapat sebarang respon daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Sebelum ini Pengasas Wikileaks Julian Assange telah menawarkan untuk menganjurkan debat di antara Datuk Seri Najib Razak, Anwar Ibrahim dan seorang blogger terkemuka, Raja Petra Kamaruddin.
“Julian Assange beritahu saya bahawa Perdana Menteri (Najib) masih lagi tak berikan apa-apa respon mengenai debat,” kata Anwar kepada keadilankini.
Anwar yang sebelum ini bersetuju dengan pelawaan debat tersebut akan menunggu jawapan dan respon dari Perdana Menteri.
“Kita akan sentiasa menunggu dan menunggu agar debat ini dapat dilaksanakan.” jelas Anwar.
Sebelum ini, debat tiga penjuru di antara Perdana Menteri bersama Ketua Pembangkang dan seorang blogger terkemuka bakal menjadi kenyataan sekiranya jemputan dari pengasas wikileaks , Julian Asangge yang menjadi penganjur debat diterima oleh mereka.
Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah pun mengatakan persetujuan untuk menyertai debat tersebut dengan menghubung Assangge melalui twitter.
Wikileaks yang merupakan laman pembocor maklumat bersetuju untuk menganjurkan debat tersebut sebelum ini ingin mewawancara Anwar dalam satu forum di Kent, England.
Menurutnya dengan sikap blogger Raja Petra Kamaruddin dan Datuk Seri Najib Tun Razak yang seolah-olah berminat maka wikileaks ingin menganjurkan debat di antara mereka bertiga.
Manakala, Raja Petra Kamarudin melalui laman blognya menyatakan kesediaannya untuk berdebat tentang isu Islam dengan Najib Razak dan Anwar setelah dipelawa oleh pengasas laman Wikileaks, Julian Assange.
Namun, debat Anwar, Najib dan Raja Petra Kamaruddin bakal berlangsung sekiranya Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak bersetuju dengan pelawaan dari pihak Wikileaks tersebut.
Link to full article
0 nhận xét:
Đăng nhận xét