Jenama pelembap bibir terkenal LIPICE, dengan bangganya mengumumkan perlantikan pelakon yang sedang meningkat naik, Nur Hawa Zainal Abidin, atau lebih dikenali sebagai Wawa Zainal, sebagai duta jenama baru LIPICE.
Pelakon yang baru berusia 20 tahun ini membuat penampilan pertamanya dalam industri perfileman melalui drama Klik pada tahun 2010. Bagaimanapu, beliau lebih terkenal dengan wataknya, Bunga, dalam drama siri remaja Ana Lu’Lu. Beliau juga berlakon dalam beberapa filem tempatan seperti Seram Sejuk, Sumpahan Kum Kum, 3 Temujanji, Hantu Dalam Botol Kicap dan banyak lagi.
Melalui jemputan media yang dikirimkan kepada OHBULAN!, Wawa Zainal akan diperkenalkan buat pertama kalinya sebagai wajah baru LIPICE dalam sebuah jamuan petang eksklusif pada 24 April ini di sekitar Kuala Lumpur.
Selain itu, LIPICIE turut menjanjikan perkenalan kepada rangkaian pelembap bibir terbaru yang bersesuaian dengan permintaan pasaran semasa.
Related posts:
- Ingin Menjadi Cover Girl Bersama Lisa Surihani? LipIce Ada Jawapan
- “Lelaki Itu Hanya Saudara Rapat Saya” – Wawa Zainal, Pelakon Drama A’na Lulu.
- 12 Foto ‘Hamboii’ Ixara Aishah & Wawa Zainal Di Anugerah Skrin 2011.
- (Video) Bibir Merah Lisa Surihani & Trofi Pelakon Wanita Terbaik FFM 23
- “Saya & Wawa Rapat Macam Adik Beradik” – Ariel Zafril
Link to full article
0 nhận xét:
Đăng nhận xét