Laporan MStar hari ini menyebut selebriti Watie Elie & Joey bakal melangsungkan majlis resepsi perkahwinan mereka di kediaman Setiausaha Akhbar Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan iaitu Datuk Ruhaidini Abd Kadir yang bertempat di Bangi pada 1 Mei depan.
Difahamkan, Watie & Joey akan menjelaskan kekeliruan berkenaan status perkahwinan yang pernah dilaporkan sebelum ini dimana ada pihak yang mendakwa bahawa mereka telah pun bernikah secara senyap-senyap pada penghujung tahun lalu.
Kedua-dua pasangan ini mempunyai anak hasil perkahwinan terlebih dahulu; Joey mempunyai seorang anak perempuan bersama bekas isteri, Noraini Mohamad Nasir dan telah bercerai pada Ogos tahun lalu. Watie mempunyai seorang anak lelaki bernama Ahmad Afif Danial yang kini berusia 8 tahun.
Memetik laporan Harian Metro bertarikh 1 Februari 2012 berjudul ‘Watie Lali Peluru‘, majlis pernikahan Watie & Joey telah pun berlangsung majlis pernikahan pada Aidilfitri tahun lepas dengan dihadiri oleh keluarga kedua-dua belah pihak dan teman rapat di kediamannya, Bukit Antarabangsa.
Related posts:
- “Sah, Angelina Memang Anak Watie!” – Respon Abang Ipar Watie Elite
- Skandal Cinta Joey & Watie Elite, Isteri Minta Cerai
- Watie Elite & Joey Sorok Pernikahan Dari Pengetahuan Umum!
- Isteri Dakwa Joey Mengaku Hubungan Sulit Dengan Watie
- Watie Tertekan, Hampir Kena Strok
Link to full article
0 nhận xét:
Đăng nhận xét