Kebiasaanya wanita menggunakan alat solekan bagi menampilkan sisi istimewa mereka. Bagaimanapun, Promise Tamang Phan berupaya mengubah dirinya menjadi orang yang berlainan dengan skil mekap yang mengagumkan!
Beliau sering kali berkongsi teknik mekap bersama penonton di Youtube sejak sekian lamanya. Namun, kelibat beliau di ruangan media sosial mula dirasai apabila beliau menyahut cabaran penonton untuk mengubah dirinya menjadi selebriti terkemuka dunia. Melalui saluran Dope2111, skil yang dimiliki oleh Phan berjaya menarik perhatian tontonan berjumlah 98 juta dengan lebih 590 000 pelanggan di Youtube.
Phan berkemampuan mengunakan teknik pembayang yang betul bagi mengubahkan wajahnya menjadi serupa Angelina Jolie, Scarlett Johansson, Kate Middleton, Haifa Wehbe termasuk wajah selebriti lelaki, Drake.
Skil yang dimiliki oleh Phan turut diturunkan kepada si suami yang membantunya mengacah mekap menjadi Snooki melalui video ‘My husband does My Make-up‘.
Related posts:
- Foto Cium Selebriti Wanita & Lelaki ‘Penyelam’ Bikin Panas!
- [TrendSetter] Teknik Rambut Taylor Swift Dengan Charles Worthington
- Video : Pre Wedding Nurul Syuhada & Amir, Guna Teknik Stop Motion.
- Selebriti Wanita Dicalonkan Dalam Anugerah Anjuran Syarikat Arak.
- Duel : 5 Selebriti Wanita Paling Cantik Di Malaysia
Link to full article

0 nhận xét:
Đăng nhận xét