Kecoh disebuah blog gosip tempatan apabila khabar angin bertiup mengatakan bahawa Fouziah Ghous akan bertunang pada bulan Jun ini.
Blog tersebut turut menyatakan bahawa Fouziah Ghous akan bernikah pada bulan Januari 2013 namun ini semua dinafikan oleh Fouziah sendiri dalam temubualnya bersama sebuah akhbar Kosmo.
“Saya sendiri tidak tahu bila akan bertunang. Orang yang beri kenyataan itu cukup hebat kerana lebih tahu tentang perkara yang saya sendiri belum tahu,” katanya.
Sebelum ini, Fouziah Ghous pernah dikaitkan dengan seorang VIP dipercayai orang kuat sebuah stesen televisyen. Namun, Fouziah menafikan juga khabar angin itu dalam laman Twitter-nya. Khabar angin yang tersebar lagi sekali ini menyebabkan Fouziah merasa kecewa terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh blog gosip tempatan tersebut kerana ianya dikeluarkan tanpa bertanya dirinya terlebih dahulu.
“Jika tidak pasti, sahkan dengan saya dahulu dan bukannya buat andaian bukan-bukan sebegini dan seterusnya mengelirukan semua pihak,” katanya.
sumber : Kosmo
Related posts:
- (Gambar) Watak Fouziah Ghous Dalam Filem Sifu & Tongga
- Kieran (Hot FM) & Fouziah Ghous Gandingan Baru Roda Impian
- “Saya Tak Tahu Dia Putuskan Pertunangan” – Elia, Bekas Tunang Khairul Fahmi.
- Fouziah Gous Ugut Bunuh Penulis?
- “Saya Tidak Tahu Menahu Hal Tersebut” – Amy Search Berhubung Dakwaan Aksi Foto Cumbu & Bikini Nabila Huda
Link to full article
0 nhận xét:
Đăng nhận xét