“Saya bukannya artis dan tidak mahu jadi artis tetapi cukuplah sebagai seorang selebriti yang dikenali dalam bidang sukan,” jelas penjaga gol kebangsaan, Apek.
Apek ketika ditemubual oleh sebuah akhbar online tempatan menyuarakan isi hatinya bahawa dia hanya memilih untuk menjadi pemain bola dan tidak akan sesekali menerima tawaran untuk berlakon dalam mana-mana produksi. Namun begitu, dia tidak menolak jika ditawarkan untuk menjadi model jika diberikan tawaran.
“Lagipun ia bukanlah satu bidang yang saya minati melainkan jika saya diminta menjadi model iklan dan terlibat dengan aktiviti peragaan yang mana kerjanya hanya mengambil masa yang tidak terlalu lama,” ujar Apek lagi.
Apek turut mengaku bahawa dia risau yang dirinya akan dikaitkan lagi dengan pelbagai kontroversi jika dia menjejakkan kaki dalam industri hiburan. Dia tidak mahu disebabkan kerjaya seni, perhatiannya terhadap bidang sukan pula akan berubah.
“Saya tak mahu hal peribadi menjadi perhatian yang lebih berbanding kerjaya. Oleh itu biarlah fokus saya terhadap sukan sahaja.”
Ohbulan : Baguslah macam tu Apek, awak tu masih muda. Baru 23 tahun, banyak lagi peluang dan masa depan pun cerah. Terus harumkan nama Malaysia ya.
Sumber : mStar Online
Related posts:
- Usul Ketiga Seniman Ialah Mohon Mahu Artis Jadi Anggota Rela
- “Saya Terfikir Untuk Bersara Awal” – Khairul Fahmi, Penjaga Gol Malaysia.
- Khairul Fahmi Bersedih, Adik Kandung Meninggal Dunia
- “Saya Tidak Kisah Tayang Lurah Dada’ – Kata Haliza Misbun Si Artis Tak Laku
- Gosip : Artis Senior Mahu Saman Artis Baru, Tak Tahan Dijadikan Bahan Lawak.
Link to full article
0 nhận xét:
Đăng nhận xét