PETALING JAYA – PKR meminta penjelasan daripada Kerajaan Negeri Terengganu, Petronas dan Kerajaan Persekutuan berhubung terma penyelesaian di luar mahkamah mengenai jumlah bayaran royalti minyak dan gas di negeri itu.
Setiausaha Agungnya, Saifuddin Nasution Ismail berkata, pada 12 Mac lalu, Kerajaan Negeri telah menggugurkan tindakan undang-undang terhadap Petronas dan Kerajaan Pusat sedangkan ia dimulakan oleh Kerajaan Negeri pada Mac 2001.
Menurutnya, tindakan undang-undang tersebut telah dimulakan oleh Kerajaan Negeri ekoran keengganan Petronas dan Kerajaan Pusat meneruskan bayaran royalti sepertimana Perjanjian 1975.
“PKR mahu penjelasan jumlah bayaran sebenar akan diperolehi Kerajaan Negeri hasil penyelesaian tersebut memandangkan perbezaan harga minyak dunia antara AS$20 hingga AS$100 setong sepanjang tempoh tersebut.
“PKR juga mahukan penjelasan mengenai akaun mana wang ini dimasukkan sama ada kumpulan wang disatukan Kerajaan Negeri atau digunakan terus untuk membiayai projek-projek seperti Piala Monsun, Masjid Kristal dan lain-lain,” katanya pada satu sidang media, semalam.
Link to full article
0 nhận xét:
Đăng nhận xét