Pada 18 April 2011, OHBULAN! mengeluarkan berita yang dipetik daripada MalaysiaKini berkenaan pembabitan seorang menteri yang menyalurkan dana bernilai jutaan ringgit kepada seorang artis hasil daripada hubungan sulit.
Sebentar tadi, The Star mengeluarkan kenyataan penafikan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang secara tidak langsung dikaitkan dengan isu tersebut.
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menafikan kebenaran sebuah laporan polis yang mendakwa bahawa beliau telah membayar sejumlah wang bernilai jutaan ringgit kepada seorang artis.
“Saya mengikuti setiap berita paparan di media dan blog yang mengaitkan nama saya kepada laporan polis seperti yang dilaporkan oleh individu bernama Noor Azman Azemi bertarikh 13 Mac 2012. Laporan itu mendakwa bahawa dia pernah bekerja sebagai pemandu, selain itu dia turut menyatakan bahawa saya pernah memberikan sejumlah wang yang besar kepada artis bernama Zahida Mohamed Rafik.
“Di sini saya ingin menegaskan bahawa apa yang dinyatakan dalam laporan polis tersebut adalah tidak benar, dan individu yang terbabit menyebarkan salinan laporan polis itu mempunyai niat tidak baik.
“Saya bersedia untuk mengambil segala tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang terus menfitnah dan mengaitkan saya dengan isu ini,” kata beliau.
No related posts.
Link to full article
0 nhận xét:
Đăng nhận xét