Kasihannya nasib penyanyi remaja Youtube ini apabila pakaiannya menjadi bahan gelak orang ramai ketika berlangsungnya sebuah majlis anugerah baru-baru ini. Situasi sedemikian tidak akan terjadi sekiranya pengurus merangkap kakak kandung kepada penyanyi remaja itu mendengar kata-kata orang yang lebih berpengalaman dalam fesyen.
Kata sumber, walaupun ada orang sudah menasihati pengurus berkenaan, namun dia tidak mengendahkan. Pendek kata, semua ikut kepala sendiri.
Penyanyi remaja ini memang jenis yang naif, ikut sahaja kehendak pengurusnya. Maka, terjadilah perkara yang paling memalukan apabila pakaian yang dikenakan oleh penyanyi remaja itu kelihatan …. (isi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai).
Tak kurang yang menghantar teguran sinis dengan menyamakan pakaian penyanyi remaja itu persis kain langsir rumah! Kritikan yang pedas, tapi ada kebenarannya.
Kepada pengurus berkenaan, janganlah kekwat, dengar sedikit nasihat orang luar ya! Tegur bukan kerana benci, tapi tegur kami kerana kasihankan adik awak.
Related posts:
- Penyanyi Remaja Liat Bayar Hutang RM100.
- Pengurus Artis Youtube Biadab, Wartawan Jadi Mangsa!
- Kes Khalwat Norman Hakim – Memey Suhaiza: Tuala Lembab Jadi Bahan Bukti
- Luahan Hati Peminat Nadiey, Dewi Remaja 2010
- Khir Mohd Noor (Presiden Profima) & Hattan (Penyanyi), Adik Beradik Ke?
Link to full article
0 nhận xét:
Đăng nhận xét