kiem tien, kiem tien online, kiem tien truc tuyen, kiem tien tren mang
Thứ Năm, 12 tháng 4, 2012

Apa sebenarnya yang berlaku kepada Shahir? Kami sebagai peminat ingin tahu apa status dia sebagai artis Astro, kerana banyak tanda tanya kami yang tidak terjawab sehingga hari ini. Sebagai contohnya, ada beberapa acara anjuran Astro yang tiada kelibat Shahir, Mania pun tiada.

Baru-baru ini, album terbaru Shahir telah pun dipasarkan. Apa yang janggal, Shahir sendiri tak tahu bahawa album tersebut sudah berada di pasaran. Kebiasannya, artis lain berpeluang mengadakan sidang media, namun situasi yang dihadapi Shahir berlainan pula.

Sebelum ini kami pernah menyuarakan beberapa soalan kepada pihak Astro, namun pelbagai alasan yang mereka berikan sehingga ada yang tak logik didengar. Menurut sumber, Shahir sebenarnya diboikot oleh pihak Astro. Adakah benar dakwaan itu?

Sepanjang kami mengenali Shahir, dia tak akan bersuara walaupun konflik itu melibatkan kerjayanya. Sedangkan, kami sebagai peminat sudah banyak mengeluarkan modal untuk menyokong dia, dan agak kecewa dengan cara Shahir mengatasi masalahnya. Dia biarkan sahaja masalah itu berlaku, dan berlaku.

Apa yang kami perasan, ada banyak wartawan yang sudah bertanya kepada Shahir, namun kami dengar Shahir tak mahu buka mulut kerana dia kata banyak pihak yang akan terlibat. Kami sebagai peminat ingin membantu, tapi tak tahu apakah cara yang betul.

Kami ingin kerjayanya berjaya, dan kalau betul Shahir ada masalah, kami ingin membantu Shahir keluar daripada masalahnya.

Yang benar,
Peminat Kecewa

Related posts:

  1. Peminat Shahir Ditolak & Dipukul?
  2. Shahir Dicari Penyiasat Persendirian, Dipercayai Ingin Berhenti Menyanyi
  3. Gambar Spyshot : Rozita Che Wan & Shahir Di LCCT Ke Alor Star
  4. Shahir Tertekan Hidapi Simptom Penyakit Kanser
  5. (Video) Shahir Minta Maaf Hilang Diri Kerana Kesihatan

Link to full article

0 nhận xét:

Đăng nhận xét

domain, domain name, premium domain name for sales

Popular Posts