Hari Susu Sedunia akan disambut lebih meriah pada tahun ini! Bagi meraikan sambutan kali ke-5 Hari Susu Sedunia, Dutch Lady Milk Industries Berhad (Dutch Lady Malaysia) menjemput rakyat Malaysia menyertai usaha mereka dalam mengumpul 10,000 sorakan ‘Go Malaysia, Go!’ sebagai tanda sokongan kepada kontinjen Malaysia yang akan beraksi semasa sukan Olimpik di London. Usaha ini bertujuan untuk memecah rekod dunia Guinness bagi kategori ‘Rakaman Sorakan Paling Banyak Gabungan Berkumpulan’!
Dianjurkan sebagai sebahagian daripada inisiatif “Drink More, Do More – 2 a Day”, kempen mengumpul sorakan yang dilancarkan hari ini menjemput orang ramai untuk mengambil bahagian dengan cara menghantar sorakan menerusi laman Facebook Dutch Lady Malaysia. Kempen selama tiga minggu ini akan berakhir pada 15 Mei di mana acara kemuncaknya akan diumumkan oleh pihak Guinness World Records pada Ahad, 27 Mei bertempat di One Utama. Hari Susu Sedunia diwujudkan khas pada tahun 2001 oleh Organisasi Makanan dan Pertanian Bangsa-Bangsa Bersatu (FAO) dan diraikan di seluruh dunia pada 1 Jun setiap tahun.
Dalam majlis yang sama, penyanyi terkenal Faizal Tahir turut hadir untuk menyampaikan lagu terbaharu ciptaannya yang bertajuk ‘Go Malaysia, Go!’. Lagu tersebut akan disampaikan kepada kontinjen Malaysia sebelum mereka berlepas ke London pada Julai depan.
“Saya berbangga menjadi sebahagian daripada inisiatif Hari Susu Sedunia Dutch Lady Malaysia. Ini adalah tahun kedua saya bersama Dutch Lady Malaysia untuk kempen Hari Susu Sedunia. Saya mencipta lirik lagu ‘Go Malaysia, Go!’ semata-mata untuk kontinjen Olimpik Malaysia dan berharap sumbangan kecil ini akan memainkan peranan besar dalam menaikkan semangat para atlet kita di London,” kata Faizal.
Untuk menghantar sorakan ‘Go Malaysia, Go!’, sila ikuti langkah di laman Facebook Dutch Lady.
- Langkah 1: Rakam sorakan video ‘Go Malaysia, Go!’ individu anda. Video sepatutnya sepanjang tiga hingga lima saat.
- Langkah 2: Layari laman Facebook Dutch Lady Malaysia – http://www.facebook.com/spread.the.goodness.of.milk dan klik pada aplikasi ‘Go Malaysia, Go!’
- Langkah 3: Hantar sorakan video ‘Go Malaysia, Go!’ bersama nama penuh (seperti yang tertera pada kad pengenalan anda/ atau pasport) beserta emel anda. Anda akan menerima emel sekiranya penyertaan anda layak, dan seterusnya akan dimuat naik di laman YouTube.
- Langkah 4: Penyertaan anda telah diterima!
Jadi, apa tunggu lagi? Mari rebut peluang anda sekarang!
Related posts:
- Dua Lagu Masuk Akhir Juara Lagu 23: Faizal Tahir Balas Dendam
- Foto: Michelle Yeoh Turun Malaysia Promosi Filem “The Lady”
- (Shout! Awards 2010) Enjoice Siri Jelajah Bersama Meet Uncle Hussain, Yuna & Faizal Tahir
- Bila Mr.Avamon Dari Romania Nyanyi Lagu ‘Cuba’ Faizal Tahir
- Lady Gaga Kritik Radio Malaysia Kerana Ubah Lirik Berunsur Gay!
Link to full article
0 nhận xét:
Đăng nhận xét