kiem tien, kiem tien online, kiem tien truc tuyen, kiem tien tren mang
Thứ Hai, 16 tháng 4, 2012

Datuk Michelle Yeoh dijadualkan pulang ke tanah air pada 24 April bagi menghadiri acara promosi filem terbarunya yang berjudul ‘The Lady’ yang berkisarkan perjuangan ketua pro-demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi.

Filem arahan Luc Besson ini lebih menfokuskan kisah peribadi Aung San Suu Kyi yang berhasrat untuk tinggal di bumi Burma demi membela nasib rakyat yang dilanda krisis politik. Beliau menjadi ketua reformasi dengan sokongan daripada seluruh raykat Burma, yang sehingga hari ini masih berjuang bagi mendapatkan kebebasan demokrasi. Suu Kyi, kemudiannya ditahan di bahawa tahanan rumah untuk lebih 10 tahun, turut dianugerahkan Nobel Keamanan. Bagaimanapun, beliau tidak dapat hadir ke upacara tersebut termasuklah ke upacara kematian suaminya, Michael Aris.

Datuk Michelle Yeoh menyatakan bahawa filem ini mempunyai selingan kisah cinta yang agung dengan berlatar belakangkan krisis politik semasa. Bagi menjiwai watak Suu Kyi, Datuk Michelle Yeoh sanggup terbang ke negara Myanmar untuk menemui sendiri ikon negara tersebut sekitar Jun tahun lalu.

“Apabila saya tiba di sana, saya berasa sangat gementar kerana memikirkan sama ada saya layak melakonkan watak Suu Kyi atau tidak. Apabila Suu Kyi berdiri depan saya, apa yang beliau lakukan adalah membuka tangan dan menerima saya sebagai salah seorang ahli keluarganya,” ujar Datuk Michelle Yeoh mengenai Suu Kyi.

‘The Lady’ akan diedarkan oleh GSC kepada beberapa pawagam terpilih di sekitar Kuala Lumpur, Penang, Ipoh & Melaka mulai 3 Mei 2012.

No related posts.


Link to full article

0 nhận xét:

Đăng nhận xét

domain, domain name, premium domain name for sales

Popular Posts