kiem tien, kiem tien online, kiem tien truc tuyen, kiem tien tren mang
Thứ Hai, 16 tháng 4, 2012

Pilu hati kami apabila membaca laporan eksklusif Mazidul, ‘Saya Hanya Ada RM36 Dalam Akaun Simpanan – Bob Kuman‘ berkenaan Bob Kuman yang terpaksa menanggung hutang hospital ekoran keadaan kesihatannya yang semakin merosot.

Kisahnya bermula apabila Bob terjatuh ketika berada di sesi pengambaran siri televisyen Jangan Pandang Belakang Congkak’ sekitar malam tahun 2011. Ketika itu, Wahid Senario dan Lan Pet Pet antara saksi yang berada di tempat kejadian.

Memetik kata-katanya, “Dalam keadaan pening, semput dan sakit, saya terpaksa memandu kereta sendiri  ke hospital dan dibiarkan begitu sahaja. Masa keluar dari pusat rawatan itu, saya diberitahu, berhutang lebih kurang 7 ribu ringgit dengan hospital dan saya kena bayar sendiri. Itu saya tidak boleh terima. Penerbit tidak membantu sebab itu saya berasa kecil hati. Mujur selepas itu, dapat rezeki sikit dan saya menjelaskan sebahagian daripada caj hospital itu. Kini ada berbaki lebih tiga ribu enam ratus ringgit lagi.”

Kini, kesihatan beliau semakin merosot dan terpaksa bergantung penuh kepada mesin bantuan oksigen, apatah lagi bergerak kesana sini sejak 8 April lalu.

Menurut Bob, beliau amat memerlukan mesin dilengkapi tangki oksigen namun setakat ini tidak mampu untuk menyewa keperluan tersebut kerana kesempitan wang.

Kepada masyarakat Malaysia yang ingin menghulurkan bantuan, sila hubungi Razali di talian 016 231 5812. Manakala berikut nombor akaun Bob (HUSNI MOHD RAWI) Maybank 1123-7100-7047.

Related posts:

  1. Aleeza Selamat Jalani Pembedahan Jangkitan Kuman Di Kepala
  2. Cat Farish Berdarah Di Hidung Dan Mata, Kini Semakin Stabil
  3. Akaun Palsu, Kimi Bekas Pengurus Meet Uncle Hussain Lapor Polis
  4. “Tinggal Saya Sebatang Kara” – Radhi OAG
  5. Meet Uncle Hussain : Lan Kini Hanya Tinggal Nama

Link to full article

0 nhận xét:

Đăng nhận xét

domain, domain name, premium domain name for sales

Popular Posts