kiem tien, kiem tien online, kiem tien truc tuyen, kiem tien tren mang
Thứ Ba, 24 tháng 4, 2012

Krisis rumahtangga yang dialami oleh hos tv popular, Jimmy Shanley tidak menghalangnya untuk meneruskan kehidupan dalam kondisi yang positif. Intonasi suara yang cukup ceria dilontarkan ketika menceritakan perkembangan daripada segi peribadi dan kareer kepada wartawan OHBULAN!, sebentar tadi.

Bagi mengaktifkan kehidupannya, Jimmy Shanley menyatakan bahawa beliau kini sibuk menyambungkan pengajiannya dalam peringkat ijazah selain masih mengacarakan beberapa program untuk sebuah televisyen swasta.

“Sejak menjadi surirumah sepenuh masa ini, saya ada banyak masa terluang. Dulu, saya pernah berhasrat untuk menyambung pelajaran, bagaimanapun atas kesibukan kerjaya, saya tangguhkan pengajian. Kini, sudah 2 bulan saya menyambungkan pelajaran dalam bidang (master) sarjana pentadbiran perniagaan di UiTM Shah Alam secara sepenuh masa.

“Seperti pelajar-pelajar lain, saya sibuk menghadiri kelas yang diadakan setiap pagi mulai hari Isnin – Khamis, buat assignment dan sebagainya. Manakala waktu di hujung minggu pula saya sibukkan diri dengan aktiviti program tv. Pada saya, bagus belajar ni sebab banyak lagi ilmu pengetahuan yang kita tak tahu sebenarnya. Insyallah, saya berhasrat untuk menceburi bidang korporat dan menjadi individu yang berkaliber. ”

Selain itu, Jimmy Shanley mengakui bahawa beliau giat membina otot badan kerana tercabar dengan teguran orang.

“Sekitar bulan 9 tahun lepas, ada orang yang menegur bahawa badan saya ini kurus sangat. Saya pun rasa tercabar lantas memasuki gim bagi menyahut cabaran itu. Alhamdullilah, selepas 3 bulan berat badan saya meningkat sebanyak 10kg. Lagi pun, saya ada banyak masa terluang, apa salahnya buat perkara-perkara yang bermanfaat macam ni. Saya juga sedang perlahan-lahan bergiat aktif semula dalam bidang lakonan,” ujarnya.

Jimmy Shanley yang kini mudah dicapai melalui twitter @JimmyShanley80 memaklumkan keputusan hak penjagaan anak akan diketahui pada hujung bulan ini

“Keputusan hak penjagaan anak akan diketahui pada 30 April ini, manakala perbicaraan mengenai nusyuz pula akan berlangsung pada bulan Mei ini. Saya harap segalanya berjalan dengan cepat dan lancar, tak seronok sebenarnya apabila orang kerap membicarakan soal rumahtangga saya. Dapat dosa kering je nanti,” jelasnya dalam nada seloroh.

Foto : Google.

No related posts.


Link to full article

0 nhận xét:

Đăng nhận xét

domain, domain name, premium domain name for sales

Popular Posts