kiem tien, kiem tien online, kiem tien truc tuyen, kiem tien tren mang
Thứ Năm, 12 tháng 4, 2012

Anda seorang peminat setia Dewa 19 dan tidak pernah melihat mereka beraksi? Ahmad Dhani bakal mengubati hati anda kerana pada 15 April ini, beliau yang juga terlibat dengan sebuah program televisyen swasta akan mengadakan showcase bersama T.R.I.A.D.

T.R.I.A.D atau sebelum ini dikenali sebagai The Rock yang popular dengan lagu “Munajat Cinta” adalah dibawah pengurusan yang sama seperti Republik Cinta, Dewi Dewi dan Andra & The Backbone. Album pertama mereka ialah album yang berjudul Master Mister Ahmad Dhani I yang telah dilancarkan pada 30 Ogos 2007.

Sejarah awal kumpulan ini ditubuhkan apabila Ahmad Dhani yang ketika itu sedang merakamkan album disebuah studio di Australia. Disana, beliau bertemu dengan Clancy Alexander Tucker, gitaris kumpulan Fire Shark. Perbualan mereka telah bertukar serius apabila Ahmad Dhani merancang untuk bergabung bersama mereka dan tertubuhlah kumpulan The Rock. Namun pada waktu itu, Ahmad Dhani masih lagi bersama Dewa 19.

Pada tahun 2010, The Rock telah menukar nama kumpulan mereka secara rasmi kepada T.R.I.A.D. Ahli kumpulan mereka pula terdiri dari Ahmad Dhani, Ikmal, Icez, Mitcha, dan Tharaz. Album pertama T.R.I.A.D telah dlancarkan pada tahun 2010 dan mengandungi 11 buah lagu didalamnya.

Jadi, kepada anda semua yang tidak mahu melepaskan peluang keemasan ini, bertempat di Sixty3 Club, Sheraton Imperial Hotel, Ahmad Dhani dan T.R.I.A.D bakal mengadakan showcase mereka. Showcase mereka akan bermula pada jam 9.00 malam dan akan turut diserikan dengan persembahan oleh Tashya dari Tashya’s Ink.

Tiket boleh didapati dengan harga RM50 dilokasi showcase dan untuk info lanjut, anda boleh hubungi +603-27202663.

No related posts.


Link to full article

0 nhận xét:

Đăng nhận xét

domain, domain name, premium domain name for sales

Popular Posts