Sebagai peneraju penerbitan filem dengan penggunaan kesan khas (CGI), KRU Studios sekali lagi meneruskan tradisi untuk memberikan kelainan kepada peminat industri perfileman tempatan dengan filem Stereoscopic 3D (S3D) pertama Malaysia berjudul ”29 Februari”. Filem bergenre “biografi fantasi” ini diarahkan oleh Edry Abdul Halim – pemenang Pengarah Harapan FFM23 pada tahun 2010 serta pemenang Filem Terbaik FFM23 melalui filem “Magika”.
Menurut Norman Abdul Halim selaku Eksekutif Presiden KRU Studios merangkap Penerbit Eksekutif filem 29 Februari “Pihak kami telah menjalankan kajian teknikal penerbitan didalam S3D ini sejak Januari 2011. Kebiasaannya, filem-filem sebegini hanya dihasilkan oleh studio-studio besar di Amerika Syarikat dan penghasilan filem “29 Februari” didalam format ini membuktikan sekali lagi kemampuan industri perfileman tempatan untuk bergerak ke hadapan sebaris dengan kemajuan teknologi diperingkat global. Dengan kos RM3.5juta (termasuk promosi), “29 Februari” bakal membuka lembaran baru industri perfileman kita di era digital.”
“Justifikasi penerbitan “29 Februari” didalam bentuk S3D bukanlah dari aspek teknikal semata-mata tetapi juga aspek naratif penceritaan yang menggambarkan bagaimana Budi (lakonan Remy Ishak) hanya dimakan usia dalam tempoh 4 tahun sekali. Ini membolehkan Budi melalui kehidupannya berlatar-belakangkan detik-detik bersejarah Malaysia semasa penjajahan British, penaklukan Jepun, Hari Kemerdekaan sehinggalah ke tahun 2012 dengan usia sebenar melebihi 100 tahun tetapi masih kelihatan berumur 20an. Dengan S3D, penonton boleh merasai pengalaman detik-detik tersebut dengan lebih mendalam dan digarapkan pula dengan lagu-lagu terbaru ciptaan saya.” ujar Edry Abdul Halim selaku pengarah filem “29 Februari”.
Keistimewaan filem ini bukan terletak kepada lakonan mantap para pelakon, teknologi S3D serta CGI semata-mata tetapi juga skor muzik, penataan bunyi serta muzik asal yang dinyanyikan oleh para pelakon sendiri. Ini termasuklah lagu-lagu yang dinyanyikan oleh Remy Ishak seperti “Kelip-Kelip”, “Jagalah Diri” dan “Seperti Dulu”.
Sebahagian kos penerbitan filem “29 Februari” juga dibiayai melalui Dana Kesan Khas (CGI) yang disediakan oleh FINAS. KRU Studios amat menghargai sumbangan ini sekaligus membuktikan komitmen konsisten Kerajaan untuk membangunkan industri perfileman Negara bukan dari aspek ekonomi semata-mata tetapi juga memperkayakan khazanah budaya dan bangsa Malaysia.
Saksikan lakonan mantap Remy Ishak sebagai ‘Budi’, pencinta sepanjang zaman yang pasti memukau dan merintih hati setiap yang menonton “29 Februari” di pawagam mulai 30hb Ogos 2012. Untuk maklumat lanjut, sila layari lamanweb KRU Studios, Facebook atau taip “29 Februari (Trailer) di YouTube.
Sinopsis
Mengisahkan kehidupan Budi yang dilahirkan pada tahun lompat 29 Februari 1896 dan hanya dimakan usia 4 tahun sekali. Keadaan fizikalnya yang kelihatan terbantut menyebabkan masyarakat menganggap “kecacatan” itu sebagai suatu sumpahan, sedangkan ianya suatu anugerah kepada Budi untuk melalui era transformasi Tanah Melayu, Malaya dan akhirnya Malaysia yang bebas merdeka.
Masa seolah tidak berganjak buat Budi, dan akibatnya dia sentiasa kehilangan orang yang tersayang. Beliau diasuh di sebuah rumah bakti bersama sahabat baiknya Razak, yang cacat penglihatan. Budi melalui perjalanan hidup berlatarbelakangkan detik-detik bersejarah Negara dan mula mengenali erti kebahagiaan apabila berkenalan dengan Lily.
Walaubagaimanapun, kisah percintaan Budi dan Lily melalui pelbagai cabaran dan cinta terlarang. Apakah satu-satunya cinta Budi akan kekal abadi, seiring dengan hayatnya yang tidak dimakan usia?
Related posts:
- Trailer : Filem Fantasi Drama Pertama Afdlin Shauki, ‘Misteri Jalan Lama’ Bakal Temui Anda 24 November!
- Trailer Filem Lakonan Wonder Girls Dilancarkan
- Dadali Lancarkan Album Pertama Berjudul “Disaat Aku Mencintaimu” Di Malaysia
- (Rumor) Rihanna Adakan Konsert Solo Di Malaysia Februari Ini
- Friday Trailer: Karya Anak Malaysia, ‘Fist Of Dragon’ Goncang Adrenalin Februari 2012!
Link to full article
0 nhận xét:
Đăng nhận xét